Assalamualaikum Muslim :)
Hampir sebulan da tak update blog ni haa..
sebab sebelum ni busy ngn class agama ngn lain lagi macam-macam.
menuntut ilmu ni kan sampai mati tak habis..
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud
" Menuntut ilmu pengetahuan itu wajib atas setiap muslim."
Harini tak nak cerita pasal diri..
nak kongsi satu cerita yang ustaz cerita dalam class haritu..
'Pada suatu hari,
Ada seorang pemuda ni,
Dia bangun siap mandi ambik wuduk nak ke masjid untuk solat subuh.
Bila da siap semua,pemuda itu berjalan kaki ke masjid.
Dalam perjalanan tu gelap,
Tak ada sesiapa dalam perjalanan tu.
Lepas tu tiba-tiba pemuda itu terjatuh habis kotor baju dia.
Pemuda itu pon patah balik rumah untuk tukar baju ngn ambik wuduk lagi sekali.
Bila da siap semua,dia keluar lagi berjalan kaki ke masjid.
Lepas tu pemuda itu terjatuh lagi at tempat yang sama tadi.
Pemuda itu tak putus asa.
Dia patah balik lagi sekali ke rumah untuk bersihkan diri ngn ambik wuduk lagi sekali..
Kemudian dia lagi sekali berjalan kaki ke masjid.
Kali ni dia tak terjatuh lagi,dia nampak ada cahaya di depan.
Rupenya ada orang tengh pegang lampu suluh.
Lalu pemuda itu tanye pada lelaki tu 'siapakah kamu'
Lelaki tu pon jawab 'dari tadi saya perasan kamu asyik terjatuh at tempat yang sama je,
Saya sekarang nak tolong awak ke masjid'
Lepas tu mereka berdua pon berjalan kaki la sampai ke masjid.
Bila da sampai masjid,pemuda itu ajak lelaki tu solat bersama.
Tapi lelaki tu menolak..
Pemuda itu tanya banyak kali pon jawapan masih sama.
Pemuda itu rasa hairan lalu lelaki tu pon jawab
'Aku ni sebenarnya iblis.aku lah yang membuatkan kamu jatuh dua kali tadi'
Pemuda itu terkejut dan tanya kenapa.
Lalu iblis pon jawab la
'Masa kali pertama kamu terjatuh tu Allah da ampunkan dosa2 kamu dan masa kali kedua tu Allah da ampunkan dosa2 keluarga kamu,kalo ketiga terjatuh lg Allah akan ampunkan dosa2 satu kampung kamu,jadi saya terpaksa tolong kamu selamat ke masjid'
Ini lah cerita yang saya nak kongsi.
minta maaf kalo ada yang terkurang.
saya hanya kongsi setakat yang saya ingat je hehe..
Pengajaran cerita :
'Sabar itu separuh daripada iman,
kalo kita bersabar apabila menghadapi kesusahan,
tidak mengeluh,tidak berputus asa,
Insyaallah ada jalan penyelesaiannya'
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim :D