Monday, 26 January 2015

Keranamu PEMBINA.

Keranamu PEMBINA.

Keranamu PEMBINA, aku jatuh cinta dengan usrah, hari-hari aku nak pergi usrah.
Keranamu PEMBINA, aku ingin menjadi muslimah yang lebih baik.
Keranamu PEMBINA, aku ingin menjadi mahasiswa yang hebat !
Keranamu PEMBINA, aku berjumpa dengan akhawat solehah yang membuatkan aku ingat pada Allah apabila aku melihat mereka.
Keranamu PEMBINA, aku dapat rasa betapa indahnya beribadah secara berjemaah.
Keranamu PEMBINA, tiap hari aku rindu nak berjumpa dengan akhawat solehah..
Keranamu PEMBINA, aku dapat merasai indahnya ukhuwah itu kerana Allah.
Keranamu PEMBINA, aku banyak pergalaman kali pertama demimu PEMBINA.
Keranamu PEMBINA, pertama kalinya aku berani untuk berucap di atas pentas dengan keyakinan
Keranamu PEMBINA, aku berpeluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti tarbiyah.
Keranamu PEMBINA, aku berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan contohnya misi bantuan banjir.

Keranamu PEMBINA, aku jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiyah.
Keranamu PEMBINA, rutin harianku jadi lebih luar biasa.
Keranamu PEMBINA, tiap hari aku rindu nak pergi program untuk sentapan rohaniku.
Keranamu PEMBINA, membuatkan aku sedar apakah tanggungjawab aku sebagai Khalifah Allah !
Keranamu PEMBINA, disinilah permulaan aku untuk lebih dekatkan diri dengan Allah.
Keranamu PEMBINA, hujung mingguku memang hanya untukmu saja lah :)
Keranamu PEMBINA, aku ingin menyibukkan diri seperti akhawat yang lain untuk melakukan kerja dakwah demi agamaMU Ya Allah
Kalau tanpamu PEMBINA, hidup aku yang sekarang mungkin seperti biasa yang tidak mempunyai cita-cita.
Keranamu PEMBINA, terlalu banyak kenangan sampai aku tak tertulis semuanya dalam ni.
Aku tidak hebat, tapi keranamu PEMBINA aku yakin aku juga boleh menjadi lebih hebat seperti akhawat yang lain.

Walaupun tak sampai setahun aku bersamamu PEMBINA,
Tapi aku rasa da jatuh cinta padamu PEMBINA.
Alhamdulilah ! Terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan Sahabat PEMBINA Kuala Lumpur dan kakak akhawat ukhuwwah fillah yang lain :)
Terima kasih PEMBINA kerana telah memberi aku kenangan yang hebat gitu !


Ya, Aku ahli setia PEMBINA,Anda bila lagi ? Jom sertai kami sekarang ! :)
Bersama PEMBINA, anda lah harapan ummah pemimpin muda bakal mengegarkan bumi Malaysia !



Persatuan Belia Islam Nasional
Meneraju Arus Mahasiswa

Kami Mahasiswa Hebat
*sukahati je tambah slogan*




" Wahai orang yang beriman,jika kamu bantu agama Allah pasti Allah akan membantu kamu dan akan menjadikan kaki-kaki kamu kukuh dihadapan musuh kamu" (Surah Muhammad:7)