Tuesday, 14 October 2014

Chinese muslim yang jadi ahli isma dan pembina.

Assalamualaikum antuna semua :)

Ya seperti tajuk atas ni. Saya just ingin berkongsi sedikit pendapat pasal isu hangat masa kini cehwah.

Saya mmg tak suka pon nak ckp bab2 mcm ni tapi terpaksa jugak la apabila isu ni ada kena mengena dengan agama dan bangsa saya Haa gitu.

Okey straight to the point. Ramai yang cakap isma ni rasis isma ini itu. Kekadang yang cakap semua ni adalah 'melayu' sendiri sedangkan isma ni 'melayu' sendiri yang jadi pergerakannya. Okey mmg mirgranie saya bila mcm ni err.

Seperti yang tajuk diatas.
Saya cina muslim yang menjadi ahli isma dan pembina. Haa adakah saya pon ikut rasis sama2 ? Adakah saya 'rasis' kepada kaum saya sendiri ? Adakah saya akan berpihak kepada 'melayu' dan saya 'rasis' atas kaum saya sendiri ? Itu semua fikir la sendiri.

Kenapa isma ditubuhkan ? Adakah saja2 nak ditubuhkan untuk dibash ? Haa. Senang cerita dan dipendekkan.
Isma ditubuhkan sebab melayu sendiri jugak. Kenapa pulak begitu ?
Untuk pengetahuan semua. Zaman sekarang tak mcm zaman dulu. Zaman dulu ada khalifah. Zaman sekarang tak ada khalifah.
Dan boleh nampak kan zaman sekarang Islam mcm mana ?
Kalo nak banding ngn zaman Rasulullah SAW sampai zaman sahabat Rasulullah sampai ke zaman sekarang. Adakah Islam skrg dalam keadaan yang stabil atau sebaliknya ? Fikiaq la sendiri.

Sesuatu yang sunat berlaku atas keadaan yang memerlukan dan keadaan yang sunat tadi akan menjadi wajib. Faham ? Okey mcm ni lah.
Mula2 dakwah ini adalah fardhu kifayah tapi disebabkan keadaan sekarang yang takada khalifah jadi dakwah akan menjadi fardhu ain untuk semua orang. Haa lebih kurang mcm tu la.

Itu sebab Isma ditubuhkan agar semua melayu(Islam) sedar,bangkit dan kembali untuk berusaha mengembalikan keperibadian dan jati diri agar Islam dapat dibangunkan semula.
Kalo melayu da semestinya Islam tak bangunkan bangsa sendiri agama sendiri. Siapa lagi nak bangunkan Islam ? Cina or india or lain2 yang baru kenal Islam ?

Secara logiknya,cina akan tolong cina untuk sesuatu,india akan tolong india untuk sesuatu. Jadi melayu dan yang da semestinya Islam adakah jugak perlu bersatu padu untuk membangunkan bangsa dan agama terutamanya ? Fikir la sendiri.

Kalo nak tahu isma ni ape pembina ni apa. Betol ke isma mcm ni mcm tu. Pi ikut join aktiviti isma.
Jangan hanya bergantung pada gambar,kata2 'ulama' fb,orang cakap mcm ni so saya pon cakap mcm ni lah padahal dia tak pernah ikut tarbiah dengan isma.

Saya pernah ikut program2 isma dan pembina. Setakat ni takada la depa ajar cara2 nak raciskan kaum sendiri. Tapi apa yang saya dapat adalah ilmu agama Allah dan Rasulullah ! Apa itu Dakwah dan Tarbiyyah dan sebagainya.

Kalo Isma mmg 'rasis'. Da lama da saya dihalau dari program2 semua ni. Tapi tak. Isma tak tanya kalo enti cina enti tak boleh ikut tarbiah sama kami. Haa ayat lebih kurang gitu la.

Selama saya join program. Saya kenal ramai akhawat yang baik2.
Saya dapat rasa indahnya ukhuwwah disitu. Depa tak pernah cakap kalo enti cina ana tak nak kawan ngn enti. Kalo enti nak kawan ngn ana enti kena tukar jadi melayu. Haa tak pernah !
Tapi bila depa tahu saya cina muslim. Depa lagi seronok. Depa selalu je tolong saya,ambik berat pasal saya. Depa semua akvitis Isma dan pembina. So apa masalah skrg ?
Saya bukan nak berpihak kpd sesiapa. Tapi itulah yg saya rasa.
Saya tak kena 'cuci otak' ye. Saya masih chinese dan saya Islam untuk selamanya. InshaAllah.

Okey mungkin ada kata2 yang antuna nampak 'mcm rasis' tapi cube antuna check balik fikir balik kenapa 'kata2 mcm tu' boleh dikeluarkan mcm ni mcm tu. Sebab apa jadi mcm tu.
Ya mybe ada kata2 yg mcm 'tak sesuai' yang 'tersinggung perasaan' sbb saya pon pernah rasa mcm tu jugak. Tapi manusia mmg sentiasa melakukan kesilapan. Yang baik datang dari Allah yang lemah datang dari kita sendiri.

Saya tak nak cakap banyak. Ilmu saya tak banyak.
Sebabtu saya ikut program hanya nak belajar ilmu Allah,inshaAllah kalo mampu saya sampaikan sikit2. Saya nak ditarbiah dan jadi yang lebih baik. Dan saya nak dapat redha Allah.

At malaysia ni ada banyak sangat2 NGO yang boleh belajar ilmu dan tarbiah sebagainya. Masing2 ada cara tersendiri kan.
Kalo tak suka isma tak suka pembina. Pi ikut yg mana antunna rasa okey rasa best rasa seronok.
Kalo masih takada yang suka,pi buat NGO sendiri cari jemaah sendiri yang penting kena berjemaah. Tak mungkin seorg2 dpt melakukan semua ni.
Rasulullah SAW pon perlukan sahabat-sahabat untuk menyebarkan akidah Islam.

Allah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. " - Surah As-Saff 61:4

Mcm saya bukan hanya join isma pembina je. Saya ada join lagi program2 lain. Yang mana ada majlis ilmu pergi je kalo berkesempatan. Saya rasa takada yang bercanggah pon kalo apa yang kita buat semua hanya untuk dapat redha Allah. Kan ? Kalo da ikut jemaah jangan ragu2 adakah itu yang terbaik. Kalo masih ragu2. Pi cari jemaah lain. Okai ? :)

Kemenangan pasti milik umat Islam itu janji Allah. Tapi tak kan la kita nak duduk goyang kaki untuk menunggu kemenangan kan ? Mmg kemenangan akhirnya milik umat Islam. Tapi dimanakah kita ketika kemenangan itu ? Kita nak tngok je ke atau kita nak berusaha untuk dapatkan kemenangan yang akhirnya milik kita ? Fikir la.

Okey itu jela dari saya. Kalo ada silap kata tegur jela ye. Saya pon hamba Allah yang masih kerdil dalam agama. Kalo ada salah tolong la tegur ye. Sama2 kita berubah kerana Allah dan semua hanya kerana Allah Taala.

Wallahualam bissawab ;)

Thursday, 19 June 2014

Apa itu ' Cinta Kerana Allah '

Assalamualaikum.

Adakah kamu semua benar-benar faham.
Apa itu ' Cinta Kerana Allah ' ? Macam mana baru dikatakan ' Cinta Kerana Allah ' ? Ataupon pernah kah kamu semua benar-benar faham dan menghayati macam mana rasanya ' Cinta Kerana Allah ' itu ?

Cinta itu untuk siapa ?

Cinta ini terbahagi kepada tiga.

1 ) Cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta ini suci dan dibenarkan dalam Islam.
2 ) Cinta sesama manusia. Cinta kepada ibu bapa,suami isteri,anak-anak. Cinta ini jugak dibenarkan dalam Islam.
3 ) Cinta Nafsu yang tidak ditindaskan mengikut syariat Islam. Cinta ini HARAM !

Kenapa tajuk saya tentang CINTA  harini.
Bukannya saya saja saja nak cakap pasal cinta untuk keseronokan.
Sebab saya tengok. Zaman sekarang ni ramai yang salah guna dengan perkataan ' Cinta Kerana Allah ' ni pada situasi yang salah.
Boleh kita nak ' Cinta Kerana Allah '. Nabi Muhammad SAW pon pesan at kita kan. Buat sesuatu benda itu biarlah niat kerana Allah Taala.
Tapi niat ngn perbuatan itu biarlah serentak benar-benar kerana Allah.

Mulut cakap ' Saya cinta awak kerana Allah ' lepas tu berpegangan tangan.
Mulut cakap ' Saya cinta awak kerana Allah ' lepas tu berdua-duaan.
Mulut cakap ' Saya cinta awak kerana Allah ' lepas tu berpeluk-peluk.

Astaghfirullahalazim ! Macam ni ke ' Cinta kerana Allah ' ?

Mungkin korg akan cakap ' Alaaa cinta ini kan buta, macam lah kamu tak pernah bercinta pulak,nanti kamu bercinta kamu tahu lah macam mana cinta itu ' .

Awak..memang tak salah kalo nak bercinta,yang salahnya perbuatan kita yang menghampiri kita pada zina.
Kan Allah Taala ada berfirman : Sesungguhnya janganlah kamu menghampiri zina. Zina itu perbuatan keji yang dimungkari Allah.

Berpada-padalah kalo nak sangat bercinta pon. Okey ? Jangan kamu jadikan cinta kamu itu nampak MURAH. Biarlah nampak MAHAL tapi diredhai Allah. Boleh ? InsyaAllah. Pesanan untuk diri sendiri jugak.

Sebagai seorang muslim,kita semua daie.
Kerja daie ni bukan kerja ustaz ke ustazah je.
Kerja daie ni tanggungjawab kita semua sebagai seorang hamba Allah.
Bukan bagi talk mcm ustaz/ustazah tu baru kira berdakwah.
Tak. Nak berdakwah ni banyak cara. Mungkin dengan akhlak kita je pon,orang yakin dengan agama Islam. Manalah tahu kan ?
Hidayah itu urusan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Wallahualam

Jom kita sama-sama berusaha dan beristiqamah untuk baiki diri menjadi lebih baik.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah redha dengan apa yang kita cube usahakan untuk menjadi lebih baik dari sekarang.
Janganlah kita kejar cinta manusia. Cinta manusia ini sementara je.
Tapi kejarlah cinta Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Cinta Allah ini selama-lamanya !
Dengan keredhaan Allah,hidup kita akan jadi lebih bahagia dan tenang. InsyaAllah ;)

Post diatas tidak ada kena mengena dengan hidup ataupon mati.
Saya minta maaf kalo ada yang terbinggung perasaan lepas bace post saya ni. Alaaa watlek watpeace sudah kan da nak raya heee :D

P/S : InsyaAllah 8Days more to Ramadhan !!!! Korg tak excited ke ? :p MasyaAllah im feel so excited huhu.... 

By: Dak cina suka menulis pakai bahasa melayu tapi bukan banana k :D

Monday, 7 April 2014

Kursus Kesempurnaan Solat Sifat Nabi ( Part 1)

Assalamualaikum.

Bismilah. Alhamdulilah.
Syukur kepada Allah Ta'ala sebab kita semua masih diberikan peluang untuk hidup sampai saat ini dan sempat bace blog ni haa :)

Harini akhirnya sempat buka blog sekian lama lepas tu update blog baru.
Tajuk harini adalah pasal kursus solat yg saya attend hari ahad (6/4/14) haritu.
Bagi yang tak dapat nak hadir pada kursus ni. takpa la.
Biar saya kongsi sedikit ilmu yg saya dpt haritu untuk korg LILLAHITAALA.

Firstly, kursus kesempurnaan solat ni by Ustaz Abdul Rasyid organize by IDT ( Interactive Dakwah Training) pada 6 April 2014 at Surau An- Naim Wangsa Maju pukul 8am - 6pm. ( Gambar cari sendiri taw haa ok)

(Part 1)

Kepentingan solat.

1) Solat adalah ibadat pertama yang diperintahkan oleh Allah SWT pada peringkat awal wahyu diturunkan.
Daripada Zaid Bin Harithah r.a:
" Jibril a.s telah mendatangi baginda SAW pada peringkat awwal diwahyukan kepada baginda,lalu Jibril mengajarkan baginda wuduk dan solat..."
                                          ( Hadith riwayat Ahmad,Disahihkan oleh al-Albani)

2) Perintah solat diambil oleh Nabi SAW secara langsung dari Allah SWT di langit semasa peristiwa Mi'raj.
Daripada Anas Bin Malik r.a:
" Difardukan solat ke atas Nabi SAW pada malam baginda dilsra'kan sebanyak 50 waktu,kemudian dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu"
                                             ( Hadith riwayat Ahmad dan al-Tirmizi katanya : hasan sahih)

3) Jibril a.s telah turun sendiri dengan perintah daripada Allah SWT untuk mengajar Nabi solat 5 waktu.
Sabda Rasulullah SAW:
" Jibril a.s telah turun lalu mengimami daku dan aku solat bersamanya,kemudian aku solat bersamanya,kemudian aku solat bersamanya,kemudian aku solat bersamanya.kemudian aku solat bersamanya". Baginda membilang dengan jari-jarinya 5 waktu solat.
                                                  ( Hadith riwayat al-Bukhari)

4) Solat adalah tiang agama
Sabda Rasulullah SAW:
" Kepala bagi urusan ini ialah Islam dan tiangnya adalah solat..."
                                               (Hadith riwayat al-Nasa'ie,disahihkan oleh Al-Albani)

5) Solat adalah perjanjian diantara hamba dengan Allah dan rasul-Nya yang menjadi jaminan bagi mendapatkan syafaat di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah SAW:
" Perjanjian diantara kami dan mereka adalah solat,maka barangsiapa yang meninggalkannya,sesungguhnya dia telah kufur"
                                                ( Hadith riwayat al-Tirmizi,disahihkan oleh Al-Albani)

Firman Allah:
" Mereka itu tidak memiliki syafaat melainkan orang-orang yang mengambil perjanjian dengan Ar-Rahman"
                                                     (Maryam:87)

6) Solat menyucikan diri dari dosa dan noda.
Sabda Nabi SAW:
" Apa pandangan kamu kalau ada sebatang sungai di depan pintu rumah seorang daripada kamu,lalu dia mandi di dalamnya setiap hari 5 kali ? Adakah lagi kotoran padanya ? Jawab sahabat: tidak akan kekal padanya suatu kotoran pun. Baginda mengulas: Demikianlah perumpamaannya dengan solat 5 waktu,Allah memadamkan dengannya kesalhan-kesalahan.
                                                  ( Hadith riwayat Muslim)

7)  Solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"
                                                      ( Al-'Ankabut:45)

8) Solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.
Sabda Rasulullah SAW:
" Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab tentang hamba ialah solat. Jika solatnya itu baik,maka dia akan berjaya dan menang. Jika solat itu rosak,maka dia akan dukacita dan rugi..."
                                                       ( Hadith riayat al-Tirmizi,kata al-Albani:Sahih)

9) Meninggalkan solat antara sebab derita di akhirat.
Firman Allah:
" Apakah yang membawa kamu ke dalam neraka Saqar ? Mereka menjawab : kami bukan dari kalangan orang yang mendirikan solat".
                                                          (Al-Mudaththir: 42-43)

10) Orang yang meninggalkan solat diperangi oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda:
" Aku diperintahkan (oleh Allah) untuk memerangi manusia hinggalah mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, dan mendirikan solat..."
                                                          ( Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11) Pesanan baginda Nabi SAW ketik sedang sakit ( yang membawa kepada kewafatannya):
Kata Ali r.a:
" Perkataan (wasiat) terakhir Rasulullah SAW ialah : solat,solat,bertaqwalah kamu kepada Allah (dalam urusan) hamba milikmu"
                                                                ( Hadith riwayat Abu Daud,disahihkan oleh Al-Albani)


Inilah 11 kepentingan solat kenapa kita kena solat !
Lepas ni kalo non-muslim tanya kita kenapa kena solat. Inilah yang jawapan kita boleh bagi at mereka. InsyaAllah.
kalo nak listkan semua kepentingan memang sampai kiamat pon tak habis lagi taip rasanya.

Jadi wahai orang-orang yang beriman ' Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan '.

Ini baru part 1.
InsyaAllah esok saya akan update part 2 ngn part 3 akan datang.
Karifiat Solat dengan Kesalahan dalam solat yang jering kita lakukan.

Sekian.

Wasalam.

Sumber : Salin dan tampal sejibik dalam buku yang diberi masa kursus hehe :D







Wednesday, 22 January 2014

Siapa Nabi Muhammad SAW ?

Assalamualaikum muslim :)

Tadi termenung jauh tertibe teringat cerita ni.

Ingat lagi masa dulu-dulu saya pernah tertanya-tanya siapa Nabi Muhammad sebab dalam biodata farah dia tulis idola dia Nabi Muhammad.
Haa mati2 saya ingat Nabi Muhammad ni artis penyanyi ke sampai search at google grr bodoh kan :'/
Lama-kelamaan baru tahu Nabi Muhammad ni memang idola orang ramai pon tapi baginda bukan takat artis yang mcm kita kejar skrg ni hm.

Baginda idola seluruh alam.
Baginda adalah kekasih Allah !

Walaupon dulu saya tak taw sejarah Nabi Muhammad ni.
Tapi setiap kali orang cerita pasal baginda at saya..
Saya rasa nak nangis sebab orang yg cerita tu nangis jd saya pon nangis la sekali lol..
Sebab tu la saya nak tahu ape yang hebat sangat Nabi Muhammad ni buat semua orang nangis dengar kisah baginda.

Sampai sekarang bila saya dengar sirah Nabi Muhammad SAW..
Saya rasa rindu at baginda nak sangat jumpa ngn baginda..
Kalo boleh setiap sunnah saya nak ikut.

Dengan masa yang sama saya rasa takut kalo Nabi Muhammad tahu umat-umat baginda yang tak ingat at baginda..yang tak ikut sunnah baginda..yang tak selawat keatas baginda
Baginda mesti rasa kecewa sebab baginda masih tunggu umat-umatnya di syurga..
Baginda masih tunggu untuk memberi syafaatnya kepada umat-umatnya. Ya Allah..

Saya nak contohi 101 akhlak mulia yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW.
Tapi 1 dari 101 pon susah saya nak...hmm
Ya saya insan yang sering melakukan kesilapan..takpe..
Insyaallah saya cube jadi seorang muslimah yang baik..Aamiin :)
Sama-sama la kita ye untuk belajar menjadi umat Islam yang bertakwa kepada Allah SWT. Aamiin !

Satu je saya nak pesan.
Marilah kita ikut sunnah Nabi Muhammad yang utama..
Ayat pertama Rasulullah SAW menulis surat atau bertemu dengan orang-orang yang belum Islam, baginda akan ajak mereka masuk Islam..

 'Masuklah Islam maka kau akan selamat ' ..

Allahurabbi !

Tapi kita buat tak ?
Ayat pertama kita bila bertemu dengan kekawan belum Islam,kita cakap ape ?
Da solat ? Da mengaji ? Ke Da masuk Islam ke belum ? :'/

Muhasabah Diri.....

Allahuma Soli A'ala Sayyidina Muhammad Wa A'Ala A'Ali Sayyidina Muhammad.