Assalamualaikum.
Adakah kamu semua benar-benar faham.
Apa itu ' Cinta Kerana Allah ' ? Macam mana baru dikatakan ' Cinta Kerana Allah ' ? Ataupon pernah kah kamu semua benar-benar faham dan menghayati macam mana rasanya ' Cinta Kerana Allah ' itu ?
Cinta itu untuk siapa ?
Cinta ini terbahagi kepada tiga.
1 ) Cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta ini suci dan dibenarkan dalam Islam.
2 ) Cinta sesama manusia. Cinta kepada ibu bapa,suami isteri,anak-anak. Cinta ini jugak dibenarkan dalam Islam.
3 ) Cinta Nafsu yang tidak ditindaskan mengikut syariat Islam. Cinta ini HARAM !
Kenapa tajuk saya tentang CINTA harini.
Bukannya saya saja saja nak cakap pasal cinta untuk keseronokan.
Sebab saya tengok. Zaman sekarang ni ramai yang salah guna dengan perkataan ' Cinta Kerana Allah ' ni pada situasi yang salah.
Boleh kita nak ' Cinta Kerana Allah '. Nabi Muhammad SAW pon pesan at kita kan. Buat sesuatu benda itu biarlah niat kerana Allah Taala.
Tapi niat ngn perbuatan itu biarlah serentak benar-benar kerana Allah.
Mulut cakap ' Saya cinta awak kerana Allah ' lepas tu berpegangan tangan.
Mulut cakap ' Saya cinta awak kerana Allah ' lepas tu berdua-duaan.
Mulut cakap ' Saya cinta awak kerana Allah ' lepas tu berpeluk-peluk.
Astaghfirullahalazim ! Macam ni ke ' Cinta kerana Allah ' ?
Mungkin korg akan cakap ' Alaaa cinta ini kan buta, macam lah kamu tak pernah bercinta pulak,nanti kamu bercinta kamu tahu lah macam mana cinta itu ' .
Awak..memang tak salah kalo nak bercinta,yang salahnya perbuatan kita yang menghampiri kita pada zina.
Kan Allah Taala ada berfirman : Sesungguhnya janganlah kamu menghampiri zina. Zina itu perbuatan keji yang dimungkari Allah.
Berpada-padalah kalo nak sangat bercinta pon. Okey ? Jangan kamu jadikan cinta kamu itu nampak MURAH. Biarlah nampak MAHAL tapi diredhai Allah. Boleh ? InsyaAllah. Pesanan untuk diri sendiri jugak.
Sebagai seorang muslim,kita semua daie.
Kerja daie ni bukan kerja ustaz ke ustazah je.
Kerja daie ni tanggungjawab kita semua sebagai seorang hamba Allah.
Bukan bagi talk mcm ustaz/ustazah tu baru kira berdakwah.
Tak. Nak berdakwah ni banyak cara. Mungkin dengan akhlak kita je pon,orang yakin dengan agama Islam. Manalah tahu kan ?
Hidayah itu urusan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Wallahualam
Jom kita sama-sama berusaha dan beristiqamah untuk baiki diri menjadi lebih baik.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah redha dengan apa yang kita cube usahakan untuk menjadi lebih baik dari sekarang.
Janganlah kita kejar cinta manusia. Cinta manusia ini sementara je.
Tapi kejarlah cinta Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Cinta Allah ini selama-lamanya !
Dengan keredhaan Allah,hidup kita akan jadi lebih bahagia dan tenang. InsyaAllah ;)
Post diatas tidak ada kena mengena dengan hidup ataupon mati.
Saya minta maaf kalo ada yang terbinggung perasaan lepas bace post saya ni. Alaaa watlek watpeace sudah kan da nak raya heee :D
P/S : InsyaAllah 8Days more to Ramadhan !!!! Korg tak excited ke ? :p MasyaAllah im feel so excited huhu....
By: Dak cina suka menulis pakai bahasa melayu tapi bukan banana k :D
No comments:
Post a Comment