Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmaniirahim.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat Islam,nikmat Iman,nikmat Tarbiyyah dan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
Kerana dengan keizinan Allah,
Kita masih diberi peluang untuk terus beribadah kepadaNYA dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
"...Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." (Surah Al-Maidah :3)
Dan diberi peluang untuk bernafas dan menulis post ni. Alhamdulillah.
Selawat dan salam kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW,keluarga Baginda SAW dan sahabat-sahabat Baginda SAW.
Tak ada perkataan lain yang lebih sesuai untuk diungkapkan selain 'Alhamdulillah','Syukur kepada Allah' kerana Allah telah memberikan kita nikmat yang tak terhingga.
Jadi kita sebagai hambaNYA,gunakanlah nikmat semuanya itu dengan manfaat untuk agama Allah dan janganlah kita mendustakannya.
Alhamdulillah sudah sebulan lebih saya duduk di rumah akhawat.
Perasaan bila dapat duduk di rumah akhawat seperti kanak-kanak ribena dapat main kat taman haa peribahasa mana entah lah saya pakai ni hee.
Yang penting korang tak kan rasa apa yang saya rasa kalo korang tak rasa apa yang saya rasa.
Okey rasakan.
Duduk kat rumah akhawat lain dengan duduk kat rumah sewa lain.
Seriously lain sangat. Apa yang lain ?
Lain sebab kita duduk sekali kat rumah ni,
bukan sebab nak tambah ahli ramai biar jimatkan kos perbelanjaan,kos sewa dan sebagainya.
Tapi kita duduk sekali dalam satu rumah kerana tarbiyyah.
Kita duduk sekali dalam satu rumah kerana dakwah.
Kita duduk sekali dalam satu rumah kerana jalinan ukhwah.
Kita duduk sekali dalam satu rumah kerana mahukan redha Allah. InshaAllah.
Hasrat nak duduk rumah akhawat memang da lama ku pendam haa gitu.
Alhamdulilah Allah telah permudahkan urusan akhirnya dapat jua ku jejak di rumah akhawat.
Jadi sebahagian daripada mereka.
Yang paling sebaknya adalah rumah akhawat yang baru ni dapat dengan mudah.
Dalam masa yang singkat je da jumpa rumah sewa ni.
Walaupun cabarannya tetap ada tapi Allah telah memudahkan urusan mereka untuk mencari rumah baru.
Dengan lokasi dan suasana yang senang dan selesa. At least rumah boleh muat seramai belasan orang.
Nak pergi program dan nak pergi class pon dekat heh. Alhamdulilah !
Maka nikmat manakah yang kita hendak dustakan !
Dan tujuan rumah akhawat ni bukan untuk kepentingan diri tapi semata-mata untuk dakwah dan tarbiyyah !
Banyak input yang saya dapat sejak duduk kat rumah akhawat ni.
Skill memasak tu memang da confirm la.
Sebab ramai akhawat dalam rumah pandai masak.
Upgrade jadi PhDchef. Kalah masterchef haa over sangat.
Lain duduk kat rumah akhawat sebab ada jadual memasak. Yeay korang ada ?
Semua akhawat akan belajar masak antara satu sama lain.
Tak kesah la tak sedap ke tak special ke.
Akhawat memang kena masak dan akhawat yang lain akan menghabiskannya dengan hati yang terbuka hehe.
Selain memasak,akhawat kena pastikan dapur sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Dan kata KWKL(Ketua Wanita KL) kita,
"akhawat yang cekap,dia akan memasak sambil membasuh,"
Kemanisan duduk rumah akhawat adalah kita dapat mengamalkan sunnah Rasulullah iaitu makan dalam talam !
Seronok makan dalam talam sebab kita dapat merasa ukhwwah di situ.
Hebat kan makan pon ada rasa ukhuwwah. Tak percaya cuba rasa !
Bukan main-main taw rumah akhawat ni. Haa ada peraturan.
Hambik kau sampai berpuluh-puluh peraturan dia.
Tapi saya tak suka anggap itu sebagai peraturan.
Sebab dalam 'peraturan' tu semua untuk kebaikan diri kita.
Kalo semua ini tak dijadikan 'peraturan' pon,
Kita sebagai orang Islam yang hebat, kita kena berdisiplinkan diri kita.
Bukan sebab peraturan kita buat.
Bukan sebab hobi kita buat.
Tapi kita buat kerana taqwa.
Kita buat kerana Allah.
Pernah tak korang rasai housemate korang balik lewat malam kerana masalah ummah sekarang ?
Pernah tak korang rasai housemate korang penat lelah kerana masalah ummah sekarang ?
Pernah tak korang rasai housemate korang tidur lewat kerana masalah ummah sekarang ?
Mesti korang tak pernah rasai semua itu,
kalo korang tak faham sebenarnya apa tujuan korang hidup di atas muka bumi ini !
Dan ya, Alhamdulillah saya merasai semua itu,
Tiap hari saya tengok akhawat semua balik lewat malam dari meeting,
balik lewat malam dari usrah,
balik lewat malam dari program tarbiyyah
Balik lewat malam semua demi dakwah dan tarbiyyah
Balik lewat malam bukan kerana keluar dengan member ke apa.
Tapi balik lewat malam kerana dating dengan dakwah dan tarbiyyah
Sakit demam kerana dakwah dan tarbiyyah
Bila siang,rumah akan rasa sunyi.
Tapi bila sampai malam,rumah akan jadi riuh gila haha masa tu memang rasa seronok sangat sebab masa tu la baru kita semua sempat berkumpul ramai-ramai.
Saya rasa kerdil sangat bila duduk dengan mereka.
Ya mungkin belum sampainya waktu untuk saya menjadi seperti mereka.
I wish to be a part of them.
Apa yang saya mampu buat selain mendoakan mereka adalah cuba buat mereka rasa selesa bila balik rumah.
At least rumahnya nampak bersih dan ceria. Ecece. InshaAllah.
Dan apa yang saya dapat belajar dalam rumah ni adalah cuba belajar berlapang dada.
Sebab akhawat lain semua busy dengan tarbiyyah.
Dengan kerja dan komitment lain lagi.
Ini benda yang paling kena mujahadah kot saya rasa.
Sebab kita semua manusia biasa. Akhawat pon manusia biasa.
Lagi-lagi perempuan,emosi tak stabil hehe.
Tapi Alhamdulilah buat masa ni semuanya dalam keadaan terkawal.
Memang tipu la kalo kata tak ada perselisihan dan salah faham semua tu bila duduk serumah,
Lagi-lagi ramai penduduk dalam rumah tu dengan bermacam-macam karenah.
Memang tipu la kalo tak terasa hati semua tu.
Kadang-kadang mesti ada juga salah faham antara kita.
Tapi Alhamdulillah bila ada je salah faham,kita akan bagitahu direct atau pon perbincangan dalam group rumah.
Ini bezanya rumah akhawat dengan rumah sewa lain.
Dan saya masih belajar untuk berlapang dada dan i should realise that i have to do everything because of Allah.
I have do everything LillahiTaala !
Ya semua manusia itu tak sempurna, ada bak kata pepatah "Akhawat bukan Malaikat" .
Okey itu pepatah suka suki.
Memang semua orang akan buat silap.
Even kalo akhawat pon akan buat silap.
Tapi fungsi kita sebagai sahabat memang untuk saling menasihati,saling bantu-membantu,saling tegur menegur.
Lain duduk dengan akhawat sebab mereka akan mendekatkan diri kita dengan Allah.
Dan bukannya kawan yang bukan akhawat melalaikan kita,
Tapi saya yakin akhawat yang mengikut tarbiyyah,
dia tak kan biarkan kita terus lena dalam kealpaan.
Akhawat akan bantu kita bangun dari kealpaan.
Kalo nak tahu kemanisan duduk dengan akhawat. Meh rasa sendiri.
Dan saya yakin akhawat mesti rasa apa yang saya rasa :)
Dan saya yakin akhawat mesti rasa apa yang saya rasa :)
Kemanisan duduk rumah akhwat,
kita dapat solat berjemaah,
saling kejut mengejut untuk bangun subuh.
Saling kejut mengejut untuk bangun qiam.
Kemanisan duduk rumah akhawat,
kita dapat baca Al-Mathurat berjemaah.
Kita dapat baca Al-Mulk berjemaah sebelum tidur,
Kita dapat baca Al-Quran sama-sama.
Kita dapat baca Al-Mulk berjemaah sebelum tidur,
Kita dapat baca Al-Quran sama-sama.
Cuba bayangkan kalo kita duduk seorang kat rumah,
memang tak bangun ontime la kot kan subuh kita hee teruk betol..
Mutabaah amal mesti tak terjaga jugak hmm
Mutabaah amal mesti tak terjaga jugak hmm
Bezanya duduk rumah akhawat adalah ada jadual imam.
Semua akhawat akan berpeluang untuk jadi imam.
Tak ada siapa yang boleh jadi makmum sejati sepanjang masa.
Untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan ceria dan bersih.
Bezanya rumah akhawat adalah ada jadual kebersihan.
Semua akhawat ada tugasan masing-masing untuk kebersihan rumah.
Dan akan ada dendaan untuk yang tak melaksanakan dengan baik.
Haa ini adalah cara untuk mendisplinkan diri.
Bukan denda untuk suka suki.
Dan bila duduk rumah akhawat serba sedikit kita boleh belajar skill untuk pengurusan rumah tangga.
Tak ada alasan sebab busy dan penat jadi kita tak buat kerja rumah semua tu.
Kita tengok contoh akhawat lain yang da berkahwin.
Walaupon mereka ada komitment yang sangat banyak,dengan suami dan anaknya,
dengan pekerjaannya,dengan urusan tarbiahnya,
tapi mereka tak pernah jadikan itu semua sebagai alasan untuk tak buat kerja rumah.
Apatah lagi kita yang bujang ni kan.
Jangan jadikan semua itu sebagai alasan huhu.
Dalam rumah akhawat akan selalu ada dialog lebih kurang mcm ni :
"Nasuha,da ngaji belum,"
"Nasuha,buat apa tu,pergi baca buku,"
"Akhawat,jom Al-Mulk jom,"
Ini adalah antara dialog dalam rumah akhawat.
Dalam rumah ni tak kan pernah ada dialog macam ni :
"Eh jom kita kuar tengok wayang weekend ni,"
"Cerita apa yang menarik ek sekarang,"
"Lagu apa yang paling hot eh sekarang"
Kami dengar lagu jugak. Lagu fetya hehe ! :)
Bukan nak bajet bagus sangat ke apa.
Tapi kita semua ingin jadi lebih baik.
Kita ingin menjadi muslimah yang Allah redha.
Dan bezanya rumah akhawat ni adalah rumah akhawat ada pemantaunya.
Rumah yang nak menghasilkan akhawat yang bukan setakat qowiy di jalan dakwah tapi akhawat hebat jugak dalam pengurusan rumah tangga.
Saya bukan nak bezakan rumah akhawat dengan rumah sewa lain.
Tapi apa yang saya cuba nak sampaikan adalah,
penting untuk kita perlukan suasana yang solehah untuk jiwa kita.
Murrobi saya kata :
Rumah akhawat adalah satu momentum untuk kita berubah.
Duduk dengan akhawat,kita akan rasa nak jadi baik,
Mungkin akhawat bukan sempurna mana,tapi kita rasa aura baik nak berubah,
Kita akan rasa malu dengan akhawat.
Kita nak jadi seperti akhawat.
Memang kita tak boleh nak bergantung pada akhawat seratus beratus,
Akhawat tak kan sentiasa bersama dengan kita,
Kita kena belajar untuk berdikari dalam kehidupan.
Fitrah manusia memang nak jadi baik.
Semua orang mampu nak jadi lebih baik
Semua orang mampu nak jadi lebih baik
Rumah akhawat adalah satu momentum untuk kita berubah.
Duduk dengan akhawat,kita akan rasa nak jadi baik,
Mungkin akhawat bukan sempurna mana,tapi kita rasa aura baik nak berubah,
Kita akan rasa malu dengan akhawat.
Kita nak jadi seperti akhawat.
Memang kita tak boleh nak bergantung pada akhawat seratus beratus,
Akhawat tak kan sentiasa bersama dengan kita,
Kita kena belajar untuk berdikari dalam kehidupan.
Memang tipu la kalo akhawat tak rasa penat semua tu,
tapi bila tanya "akak tak penat ke",
kebanyakan akan jawab "da memang akak yang pilih jalan ni".
Yakinlah kalo kita bantu agama Allah,Allah pasti bantu kita.
Saya doakan akak-akak semua terus thabat di jalan Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman,kalau kamu membela (agama) Allah,
nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan kedudukanmu"
( Surah Muhammad :7)
Akhawat,
Jazakumullahu khair atas segala apa yang telah antunna berikan kepada saya.
Antunna banyak mengajar saya dari segi nak menjadi seorang daie yang qowiy.
Haa mungkin bukan secara face-to-face.
Tapi saya selalu memerhatikan action antunna.
Haa mesti rasa seram kan ada yang memerhatikan tiap hari. Aiyyok
Akhawat,
Walaupon kita berukhwah tak sampai pon setahun lagi,
Tapi kerana akidah yang menyatukan kita.
Saya rasa bersyukur sangat dapat kenal antunna semua,
Saya rasa satu kurniaan Allah yang besar sekali dapat kenal dengan antunna. Alhamdulillah.
Saya tak boleh bayangkan kalo suatu hari nanti,ada di kalangan kita akan pergi jauh dari kita.
Ya Allah *sobsob*
Akhawat,
Saya yakin selagi kita masih berada di jalan dakwah,kita akan berjumpa. InshaAllah. Paling tak pon kita akan berjumpa di syurga Allah. InshaAllah !
Dan saya yakin perancangan Allah itu yang terbaik.
Akhawat,
Jom kita teruskan berjuang untuk ummah kita,teruskan berjuang untuk agama Allah.
Jom kita teruskan berjuang untuk menegakkan Islam di tempat yang tertinggi.
Jom kita teruskan berjuang untuk melawan musuh Allah.
Dan yang paling utama untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Akhawat,
Semangat antunna yang tak kenal penat dan lelah buat saya terasa ingin nak jadi seperti antunna. Antunna lah sumber inspirasi saya tak kira la dari segi nak menjadi seorang daie yang qowiy ataupon menjadi seorang muslimah yang hebat.
Akhawat,
Andai kata saya pernah buat antunna terasa hati,terasa sedih,terasa kecewa,
Maafkan segala kesilapan saya.
Dan teruskan menegur dan membimbing saya ke jalan Allah.
Akhawat,
Bantulah Islam,
Bantulah dakwah,
InshaAllah syurga buat antunna. Amin Ya Allah !
Salam akhawatfillah Raudhatul Para Daie :)



