Tuesday, 14 October 2014

Chinese muslim yang jadi ahli isma dan pembina.

Assalamualaikum antuna semua :)

Ya seperti tajuk atas ni. Saya just ingin berkongsi sedikit pendapat pasal isu hangat masa kini cehwah.

Saya mmg tak suka pon nak ckp bab2 mcm ni tapi terpaksa jugak la apabila isu ni ada kena mengena dengan agama dan bangsa saya Haa gitu.

Okey straight to the point. Ramai yang cakap isma ni rasis isma ini itu. Kekadang yang cakap semua ni adalah 'melayu' sendiri sedangkan isma ni 'melayu' sendiri yang jadi pergerakannya. Okey mmg mirgranie saya bila mcm ni err.

Seperti yang tajuk diatas.
Saya cina muslim yang menjadi ahli isma dan pembina. Haa adakah saya pon ikut rasis sama2 ? Adakah saya 'rasis' kepada kaum saya sendiri ? Adakah saya akan berpihak kepada 'melayu' dan saya 'rasis' atas kaum saya sendiri ? Itu semua fikir la sendiri.

Kenapa isma ditubuhkan ? Adakah saja2 nak ditubuhkan untuk dibash ? Haa. Senang cerita dan dipendekkan.
Isma ditubuhkan sebab melayu sendiri jugak. Kenapa pulak begitu ?
Untuk pengetahuan semua. Zaman sekarang tak mcm zaman dulu. Zaman dulu ada khalifah. Zaman sekarang tak ada khalifah.
Dan boleh nampak kan zaman sekarang Islam mcm mana ?
Kalo nak banding ngn zaman Rasulullah SAW sampai zaman sahabat Rasulullah sampai ke zaman sekarang. Adakah Islam skrg dalam keadaan yang stabil atau sebaliknya ? Fikiaq la sendiri.

Sesuatu yang sunat berlaku atas keadaan yang memerlukan dan keadaan yang sunat tadi akan menjadi wajib. Faham ? Okey mcm ni lah.
Mula2 dakwah ini adalah fardhu kifayah tapi disebabkan keadaan sekarang yang takada khalifah jadi dakwah akan menjadi fardhu ain untuk semua orang. Haa lebih kurang mcm tu la.

Itu sebab Isma ditubuhkan agar semua melayu(Islam) sedar,bangkit dan kembali untuk berusaha mengembalikan keperibadian dan jati diri agar Islam dapat dibangunkan semula.
Kalo melayu da semestinya Islam tak bangunkan bangsa sendiri agama sendiri. Siapa lagi nak bangunkan Islam ? Cina or india or lain2 yang baru kenal Islam ?

Secara logiknya,cina akan tolong cina untuk sesuatu,india akan tolong india untuk sesuatu. Jadi melayu dan yang da semestinya Islam adakah jugak perlu bersatu padu untuk membangunkan bangsa dan agama terutamanya ? Fikir la sendiri.

Kalo nak tahu isma ni ape pembina ni apa. Betol ke isma mcm ni mcm tu. Pi ikut join aktiviti isma.
Jangan hanya bergantung pada gambar,kata2 'ulama' fb,orang cakap mcm ni so saya pon cakap mcm ni lah padahal dia tak pernah ikut tarbiah dengan isma.

Saya pernah ikut program2 isma dan pembina. Setakat ni takada la depa ajar cara2 nak raciskan kaum sendiri. Tapi apa yang saya dapat adalah ilmu agama Allah dan Rasulullah ! Apa itu Dakwah dan Tarbiyyah dan sebagainya.

Kalo Isma mmg 'rasis'. Da lama da saya dihalau dari program2 semua ni. Tapi tak. Isma tak tanya kalo enti cina enti tak boleh ikut tarbiah sama kami. Haa ayat lebih kurang gitu la.

Selama saya join program. Saya kenal ramai akhawat yang baik2.
Saya dapat rasa indahnya ukhuwwah disitu. Depa tak pernah cakap kalo enti cina ana tak nak kawan ngn enti. Kalo enti nak kawan ngn ana enti kena tukar jadi melayu. Haa tak pernah !
Tapi bila depa tahu saya cina muslim. Depa lagi seronok. Depa selalu je tolong saya,ambik berat pasal saya. Depa semua akvitis Isma dan pembina. So apa masalah skrg ?
Saya bukan nak berpihak kpd sesiapa. Tapi itulah yg saya rasa.
Saya tak kena 'cuci otak' ye. Saya masih chinese dan saya Islam untuk selamanya. InshaAllah.

Okey mungkin ada kata2 yang antuna nampak 'mcm rasis' tapi cube antuna check balik fikir balik kenapa 'kata2 mcm tu' boleh dikeluarkan mcm ni mcm tu. Sebab apa jadi mcm tu.
Ya mybe ada kata2 yg mcm 'tak sesuai' yang 'tersinggung perasaan' sbb saya pon pernah rasa mcm tu jugak. Tapi manusia mmg sentiasa melakukan kesilapan. Yang baik datang dari Allah yang lemah datang dari kita sendiri.

Saya tak nak cakap banyak. Ilmu saya tak banyak.
Sebabtu saya ikut program hanya nak belajar ilmu Allah,inshaAllah kalo mampu saya sampaikan sikit2. Saya nak ditarbiah dan jadi yang lebih baik. Dan saya nak dapat redha Allah.

At malaysia ni ada banyak sangat2 NGO yang boleh belajar ilmu dan tarbiah sebagainya. Masing2 ada cara tersendiri kan.
Kalo tak suka isma tak suka pembina. Pi ikut yg mana antunna rasa okey rasa best rasa seronok.
Kalo masih takada yang suka,pi buat NGO sendiri cari jemaah sendiri yang penting kena berjemaah. Tak mungkin seorg2 dpt melakukan semua ni.
Rasulullah SAW pon perlukan sahabat-sahabat untuk menyebarkan akidah Islam.

Allah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. " - Surah As-Saff 61:4

Mcm saya bukan hanya join isma pembina je. Saya ada join lagi program2 lain. Yang mana ada majlis ilmu pergi je kalo berkesempatan. Saya rasa takada yang bercanggah pon kalo apa yang kita buat semua hanya untuk dapat redha Allah. Kan ? Kalo da ikut jemaah jangan ragu2 adakah itu yang terbaik. Kalo masih ragu2. Pi cari jemaah lain. Okai ? :)

Kemenangan pasti milik umat Islam itu janji Allah. Tapi tak kan la kita nak duduk goyang kaki untuk menunggu kemenangan kan ? Mmg kemenangan akhirnya milik umat Islam. Tapi dimanakah kita ketika kemenangan itu ? Kita nak tngok je ke atau kita nak berusaha untuk dapatkan kemenangan yang akhirnya milik kita ? Fikir la.

Okey itu jela dari saya. Kalo ada silap kata tegur jela ye. Saya pon hamba Allah yang masih kerdil dalam agama. Kalo ada salah tolong la tegur ye. Sama2 kita berubah kerana Allah dan semua hanya kerana Allah Taala.

Wallahualam bissawab ;)

4 comments: